Wednesday, 30 May 2012

Masalah ?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Semua orang ada masalah. Kalau yang takde masalah itu namanya bukan kehidupan. Dan sungguh sadis kehidupan orang yang takde masalah. Dah namanya pun MASALAH, mestilah ia membawa kepada tekanan jiwa err tapi taklah sampai tahap g.i.l.a. Apa yang saya nak sampaikan disini, kalau ditimpa masalah, kita mestilah berfikiran POSITIF. 

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu pada hal ia amat buruk untuk bagimu. Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”-( surah Al-Baqarah:216)

Right ? So, tetapkan hati. Dia nak hati kita kuat dengan mengingatinya. Bila mana Allah uji kita dengan sesuatu, bukanlah bermakna Dia tidak menyayangi kita. Allah kan Maha Penyayang. Ingat tuh. Allah menguji kita kerana Dia rindukan kita. 

Ketika Allah rindu pada hambaNya , Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian.

Allah takkan membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya........ - Surah Al-Baqarah ayat 286. So, ape ape pon masalah, kita kena kuat. Thinks postitive. Everythings happens for a reason / reasons. Mungkin kita akan nampak kebaikan tuh selepas apa yang kita lalui. Remember Allah in moments of ease, Allah will remember you in moments of difficulty, :D

okay ? 

p/s ;   "Ketahuilah hanya dengan mengingati Allahhati menjadi tenang" (Al-Raad : 2)

May Allah bless you . Have a good day, InsyaAllah :)

No comments:

Post a Comment